Tindakan Dia Dah MeIampau Sangat, Jangan Ingat Saya Akan Berdiam Diri – Fauzi Nawawi

Beberapa hari lalu Fauzi tampil menjelaskan beliau mahu membuat laporan polis terhadap individu yang cuba memfitn4h beliau.

Hari ini Fauzi dikatakan mengotakan janjinya dengan membuat repot polis.

” Jangan ingat saya akan berdiam diri. Tindakan akan menyusul,” kata pelakon, Fauzi Nawawi selepas membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras, pagi hari ini.

Fauzi, 47, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata, dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik penyebaran vide0 aksi on#ni yang didakwa mirip dirinya sejak Isnin lalu.

Menurut Fauzi, tindakan perlu diambil kepada pihak terbabit kerana sudah menyiarkan ftnah sehingga menjatuhkan maru4h orang lain.

” Setiap individu yang menyiarkan fitn4h yang menjatuhkan maru4h orang lain patut diambil tindakan untuk mengelakkan gejala buruk ini berleluasa.

” Saya akan ke SKMM dan mencari individu yang bertanggungjawab. Saya nak sangat tahu punca berita ini disebarkan oleh siapa.

” Dia perlu berjumpa saya secara ‘face to face’. Saya teringin nak berkenalan,” katanya kepada Harian Metro.

Fauzi yang juga suami kepada pelakon, Lisdawati berkata, salah satu sebab dia membuat laporan polis adalah tempias dan tekanan sama turut dirasai anggota keluarganya.

” Untuk saya terima fitn4h dan isu ini, saya masih boleh bertenang lagi.

” Tapi oleh kerana anak-anak dan isteri menerima tekanan daripada perbuatan tak bertanggungjawab ini, saya rasa mereka sudah pergi terlalu jauh dan melampau sangat kalau dibiarkan.

Mahu individu yang terlibat dihukvm sekerasnya

” Jadi, saya akan ambil tindakan undang-undang supaya mereka ini dihukvm sekeras-kerasnya.

” Ia supaya lain kali tak ada lagi golongan seperti ini nak ambil kesempatan sewenang-wenangnya dengan menjatuh dan mengaibkan maruah orang.

” Ini isu berat yang kita perlu tangani dengan undang-undang. Saya rasa semua orang perlu ambil serius mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa versi vide0 aksi on#ni yang didakwa mirip pelakon filem Munafik itu tersebar di laman sosial.

Fauzi dalam kenyataan di Harian Metro semalam menganggap penyebaran vide0 itu adalah untuk menjah4namkan kerjaya dan meruntuhkan rumah tangga dibina.

Menerusi kenyataan sama, Fauzi berkata itu bukan kali pertama dia berdepan penyebaran vide0 seumpamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *