Penyanyi Dangdut Terkenal Tiba-Tiba Nak Cer4i Dan Beritahu Puncanya Ada Kaitan Tidak Dinafkahi Suami

Dewi Perssik merupakan penyanyi dangdut popular di Indonesia dan dikenali peminatnya sebagai seorang yang sering memaparkan kebahagiaan rumahtangga bersama suami dan anak-anak.

Lebih mesra disapa DePe, beliau mengejutkan peminat apabila mended4hkan sikap bur0k suaminya, Angga Wijaya pada sesi hipnoterapi yang dibuat ahli silap mata, Denny Darko.

DePe menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube Dewi Perssik itu mengakui dia ingin bercer4i dengan Angga selepas empat tahun berkahwin.

Pendedahan DePe itu berbeza daripada sebelum dia menjalani sesi itu yang mana lebih banyak memuji sikap suaminya.

” Semuanya aku suka. Setiap orang pasti ada kekurangan dan kelebihan, cuma dia lebih banyak kelebihan. Jadi aku alhamdulillah menikmati semua ini.

” Dia juga selalu mendukung kerjaya aku, dia menemani aku, kalau ada aku pasti ada dia,” katanya.

Sebaliknya yang berlaku ketika sesi berlangsung selepas soalan sama diajukan kepada DePe mengenai sikap suaminya.

DePe menyifatkan suaminya tidak mahu bekerja, lupa tanggungjawab, tidak diberikan nafkah dari segi duit dan banyak lagi.

” Aa (Angga) tidak mahu kerja. Aa cuma cakap saja, tapi tidak pernah buktikan. Tidak pernah diberikan duit. Pernah diberikan hadiah tapi guna duit saya.

” Kerana dia lupa tanggungjawab sebagai suami. Kadang elektrik tidak dimatikan, tidak pernah ambil kisah ada duit atau tidak.

” Semuanya saya yang kerja. Duit dia buat dirinya, duit saya untuk dia.

” Saya mahu seperti kebanyakan isteri lain, dapat duit belanja daripada suami, dapat perhatian daripada suami, tidak dimintakan duit.

” Ini diberi perhatian tapi duit diminta sebagai gaji,” katanya.

Menerusi video itu juga, DePe berkata satu-satunya harapan supaya mereka masih boleh kekal bersama adalah Angga perlu berubah.

” Aku ingin cer4i. Aku tidak mungkin boleh hidup begini kalau Aa tidak berubah. Aa harus kerja bantu aku.

” Berikan aku duit walau cuma 1,000 Rupiah tidak apa-apa. Ya, ingin dinafkahi,” katanya.

Respon balas suami

Sementara itu Angga yang berada di sisi DePe sepanjang sesi itu mengakui apa yang diperkatakan isterinya.

” Memang sebelum ini duit aku untuk aku, duit dia buat aku. Memang ada aku minta, tapi ia buat aku.

” Aku memang minta duit daripadanya, tapi untuk keperluan keluarga, seperti bayar elektrik, dobi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *