Niat Sekadar Suka-Suka, LeIaki lkat GOPRO Pada BeIon Dan DiIepaskan ke Angkasa. Lihat HasiInya

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk melihat dunia daripada pandangan mata burung. Paling tidak pun, ingin menjadi angkasawan supaya dapat melihat keindahan Bumi dari atas.

Tak perlu susah-susah, tonton sahaja eksperimen sekumpulan pemuda daripada Amerika Syarikat ini. Apa yang dilakukan mereka adalah sangat unik apabila menambat kamera aksi, GoPro pada belon yang diisi helium sebelum dilepaskan ke angkasa.

Pada tahun 2015 seorang lelaki di Amerika Syarikat telah membuat satu projek di mana dia akan menggunakan belon dan kamera gopro untuk melihat bumi dari angkasa.

Ramai tidak sangka bahawa projek tersebut akan berjaya atau boleh sampai ke angkasa melepasi bumi. Namun akhirnya, projek itu berjaya.

Lelaki tersebut telah merakamkan perjalanan belon tersebut hanya menggunakan kamera Gopro sahaja. Sungguh menakjubkan.

Berbekalkan sebuah belon udara bersaiz besar, kamera tersebut kemudiannya diikat dan dilepaskan ke udara.

Bagaimana kamera gopro itu akan pulang ke bumi?

Video berkenaan yang dimuat naik ke akaun Youtube BloonStu pada 2015 itu hasil eksperimen yang direka dan dilancarkan oleh Stuart Shippee daripada Texas setelah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

Walaupun rakaman yang dibuat tidak stabil, namun dapat dilihat dengan jelas perjalanan GoPro tersebut ke angkasa lepas termasuklah ketika melintasi awan tebal dan juga kawasan ribut.

Menurut lelaki yang menjalankan projek tersebut, di saat belon itu pecah satu payung terjun akan dilepaskan secara automatik supaya kamera Gopro tersebut boleh mendarat dengan selamat dan tidak terlalu laju sehingga boleh merosakkan kamera sewaktu jatuh ke tanah.

Bagaimana nak mencari kamera? Mesti jatuh di mana-mana

Satu alat pengesan GPS telah pun dipasang pada Goro tersebut dan isyaratnya akan direfresh setiap 5 minit. Jadi tidak sukar untuk mencari kecuali ianya terjatuh ke dalam laut.

Ramai tanya kenapa buat eksperimen ini? Ini jawapan beliau

” Kebanyakan orang bertanya kenapa saya melakukan benda ini.

” Sebenarnya, saya mempunyai banyak masa terluang justeru saya terfikir untuk menjadikannya sebagai hobi dan berkongsi sesuatu yang bermakna seperti ini dengan orang ramai.

” Keduanya, saya merasakan angkasa itu belum terlalu diterokai.

Video tersebut dikatakan telah tular pada sekitar 2015. Rakaman yang menakjubkan ini menunjukkan betapa indahnya dunia dari atas.

Saksikan rakaman menarik tersebut yang sudahpun mencecah 3 juta tontonan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *