Wad Hospital Sultanah Aminah Terbakar Lagi. Ini Respon Padu TMJ Kepada Kerajaan Malaysia

Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbkar kira-kira jam 3 petang tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, dalam sidang media di hospital itu berkata tiada kecederaan dan kem4tian dalam kebkaran itu.

Katanya, ketika kjadian 52 pesak1t berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu 24 pesak1t berada dalam wad yang terbkar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).

” Seramai 42 pesak1t dipindahkan ke wad perempuan di bangunan HSA yang lain, manakala 10 pesak1t yang memerlukan pemerhatian dipindahkan ke Hospital Permai.

” Kebkaran ini tiada kaitan dengan kebkaran empat tahun lalu kerana bangunan juga berbeza. Punca kebkaran masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

” Tiada kem4tian seperti yang tular di media sosial. Kebkaran ini tidak membabitkan kecederaan dan kem4tian,” katanya sambil menambah bangunan itu akan ditutup sehingga ia disahkan selamat oleh JBPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada Oktober 2016, berlaku kebkaran besar di Wad Rawatan Rapi (ICU) HSA sehingga meng0rbankan enam ny4wa.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, semua pesak1t dipindahkan serta merta setelah berlaku kebkaran.

” Pihak keluarga boleh dapatkan maklumat mengenai waris daripada pihak HSA.

” Kita akan jalankan penyiasatan situasi secara menyeluruh dan akan pastikan ada penambahbaikan keadaan,” katanya.

Respon TMJ

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Twitter, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuatnaik satu hantaran yang difahamkan merujuk kepada kjadian kebkaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ telah meminta pihak kerajaan supaya mengambil langkah segera bagi menjamin keselamatan rakyat di Negeri Johor

” Saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia agar mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat.” tulis TMJ

Hantaran itu mendapat reaksi warganet yang rata-rata bersetuju dengan TMJ memandangkan ini bukanlah pertama kali ia berlaku.

” Setuju 100% Tuanku. Ini bukan kali pertama kebkaran berlaku di HSA. Rakyat Johor turut membayar cukai dan berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yg baik.” tulis Friend of Johor.

” Diharapkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin dapat mencari satu penyelesaian yang baik untuk keseluruhan rakyat Johor.” tulis Anep

Untuk rekod Hospital Sultanah Aminah (HSA) pernah terbkar pada Oktober 2016, di mana kjadian berlaku di Wad Rawatan Rapi (ICU) HSA sehingga mengorbankan enam ny4wa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *