Peguam Dah Pergi Jumpa, Tak Sangka Ini Kata-Kata Rayhan Kabir Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Isu membabitkan lelaki warganegara Bangladesh bernama Rayhan Kabir hangat diperkatakan sejak beberapa minggu ini.

Sejak kenyataannya yang disifatkan tidak berasas tentang layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap tahanan pendatang tanpa izin, Rayhan terus diburu.

Rayhan bagaimanapun berjaya ditemui selepas 2 minggu bersembunyi.

Pihak keluarga Rayhan seterusnya melantik peguam bagi membela nasib Rayhan yang ketika ini dalam tanahan Imigresen.

Peguam yang mewakili Rayhan juga sudah bertemu beliau buat pertama kali selepas ditahan.

Ini kata-kata Rayhan buat rakyat Malaysia

” Kami sudah berjumpa dengan Md Rayhan Kabir dan dia meminta kami menyampaikan permohonan maaf jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan,”

Demikian kata-kata K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja yang dilantik keluarga Md Rayhan sebagai peguam bela dalam satu kenyataan hari ini.

Selvaraja dan Sumitha berkata, setakat ini Md Rayhan memberitahu dia menerima layanan yang baik dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, dia juga meminta supaya memberitahu dirinya memohon maaf berkaitan kenyataannya sebelum ini ketika dalam wawancara itu.

” Dia tidak berniat menyatakan apa-apa untuk menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.

” Apa yang diperkatakannya itu adalah pandangan peribadi dan reaksinya terhadap apa yang dilihatnya mengenai orang yang ditahan ketika COVlD-19,” katanya.

Katanya, dia ingin pulang apabila mereka mahu menghantarnya secepat mungkin untuk bersama keluarganya.

Sumitha berkata, Md Rayhan juga disoal siasat oleh pegawai polis Bukit Aman dan sudah memberikan 112 kenyataan berhubung pembabitannya dalam video berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan Md Rayhan semalam dan hari ini.

” Keterangan Md Rayhan diambil jam 10 pagi semalam dan disambung hari ini bagi membantu siasatan.

” Perkembangan siasatan akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Rayhan ditahan sepasukan pegawai dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 5.45 petang Jumaat lalu.selepas mengkritik kerajaan Malaysia.

Beliau mendakwa wujud diskr1minasi dalam mengendali kes COVlD-19 membabitkan warga asing yang disiarkan Al Jazeera dalam dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown.

Rentetan kritikannya itu, Md Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *