Ibu Mertua Imam Muda Faris Mula Bersuara. Alasan Dia Beri Kenapa Kahwin Lain Buat Ramai Geram

Sejak semalam kisah mengenainya mula tersebar, Syed Mod Faris Syed Roslan dilihat telah memadam semua posting beliau di Instagram.

Berdasarkan tinjaun malam tadi, masih ada entri-entri dan perkongsian aktiviti dakwah beliau. Sempat juga netizen menghujani ruangan komen bertanyakan tentang dkwaan beliau berkahwin lain.

Selepas pendakwah bebas PU Abu dan Dai Farhan, kali ini Syed Faris yang juga finalis Imam Muda 2014 pula dihimpit kontroversi rumah tangga.

Syed Faris, 34, mencraikan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan t4Iak satu di Mhkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.

Ibu mentua Syed Faris bersuara

Ibu kepada Nur Hidayu yang mahu dikenali sebagai Zainab, 60, mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai tidak bertanggungjawab.

Wanita itu turut mendkwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi berlaku cvrang terutamanya ketika Hidayu sedang hamiI.

Apa yang dikesalkan kata Zainab apabila mengetahui Syed Faris berp0ligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga.

Ini alasan Syed Faris beri

” Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

” Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya m4ksiat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zainab reda dengan ketentuan dan ujian berat yang dilalui oleh anaknya itu sepanjang 13 tahun perkahwinan.

Syed Faris merupakan finalis Imam Muda musim kedua.

Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendkwa dikas4ri oleh madunya selepas Syed Faris bercadang untuk mencraikan salah seorang daripada mereka.

Dalam laporan itu, Nur Hidayu mendedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu ketika dia baharu melahirkan anak kelima mereka.

Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Syed Faris memberi alasan perkahwinan keduanya adalah untuk membantu kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami kegvguran sebanyak empat kali.

Sumber dan kredit: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *