Individu Solat Subuh di Lorong Kecemasan Sebab Jalan Jem. Sekali Mufti Kata Haram, Ini Sebabnya

Tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak baru-baru ini menimbulkan perdebatan ramai.

Pada mulanya terdapat warganet memuatnaik gambar di Facebook memuji tndakan pengguna jalan raya yang berhenti untuk menunaikan solat subuh.

Malah ramai warganet lain yang turut memuji tndakan tersebut yang disifatkan tidak lupa kepada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Bagaimanapun, perdebatan di kalangan warganet mula timbul bila ada segelintir yang mempersoalkan tndakan solat di lorong kecemasan itu kerana berb4haya.

Perkara tersebut telah menarik perhatian Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memberikan pendapat beliau.

Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah har4m

” Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah har4m walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

Demikian komen Abdul Rahman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.

Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

” Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

” Begitu juga dalam situasi ini, jika memb4hayakan nyawa hukumnya adalah h4ram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dibolehkan solat tepi jalan jika terdesak, tapi perlu…

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

” Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.

” Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Hari ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solatdi lorong kecemasan.

Sebelum ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *