Terkini Sumber Dedahkn Gerakan Ku Li Raih Lebih Majoriti, Atasi Anwar Dan Kem Zahid-Najib?

Ketika rakyat melihat perebutan jawatan Perdana Menteri kini hanyalah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini timbul pula ‘watak’ ketiga.

Difahamkan sejurus Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMN0.

Menurut sumber kepada Astro AWANl, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMN0, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMN0.

Ia antaranya seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

” Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMN0.

” Sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen UMN0 sokong beliau sebagai calon perdana menteri.

” Bila kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen.

” Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah didkwa atas kesalahan jnayah atau sedang menunggu hukvman,” katanya kepada Astro AWANl.

Krisis politik dalaman UMN0 ini memuncak selepas Ku Li dilihat memasuki Istana Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar.

Tun M pun sokong Ku Li?

Pada masa sama, sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar.

” Selain lebih dari separuh ahli Parlimen UMN0, difahamkan terdapat juga sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang.

” Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Astro AWANl sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada beberapa pemimpin UMN0 berkenaan maklumat tersebut.

Ku Li gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.

Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendkwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Razaleigh berpendapat Usul Tidak Percaya itu amat penting atas beberapa sebab antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

” Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan DYMM Yang di-Pertuan Agong.

” Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar kerajaan kepimpinan perdana menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.

” Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menerusi surat itu juga, veteran UMN0 itu mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh perdana menteri namun menolaknya.

” Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan

” Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen” sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

” Bahagian kecil (sub-section) ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud “peny0gokan politik”,” katanya lagi.

Sumber:astr0awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *