Berjaya Cari M4yat Mngsa Lemas Tanpa Pakai Alat Bntuan, Keberanian Luar Biasa Awie Jadi Buah Mulut

Bagi orang luar mungkin menganggap lelaki ini hanyalah seorang OKU biasa yang tidak ada apa-apa kelebihan.

Namun tidak bagi penduduk setempat, nama Mohamad Najmi Daud sememangnya dikenali sebagai pemuda yang dianugerahkan kebolehan yang tiada pada orang lain.

Meskipun hanyalah orang biasa, Mohamad Najmi kini menjadi popular di daerah Besut selepas kejayaannya menemukan mngsa lmas di dasar sungai berhampiran jeti kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, di sini, 9 Oktober lalu.

Sikap berani dan keprihatinan lelaki kurang upaya (OKU) yang dikenali dengan panggilan Awie, 31, kini mendapat perhatian ramai.

Namanya menjadi sebutan netizen selepas berjaya mengesan m4yat, Azman Che Mat, 45, kira-kira 10 minit selepas beliau menyelam, walaupun keadaan arus sungai laju dan air keruh ketika itu.

” Setakat ini sudah dua m4yat mngsa lmas telah saya temukan termasuk kejadian Jumaat lepas.

” Manakala kali pertama kira-kira dua tahun lalu membabitkan m4yat seorang kanak-kanak,” katanya yang bekerja mengambil upah mengangkat barang kepada Bernama di sini.

Atas usaha dan keberaniannya itu, Ketua Balai Polis Daerah Besut telah memberi surat penghargaan dan sumbangan kepada wira penduduk pekan nelayan itu pada 11 Oktober selain turut menerima lesen motosikal percuma yang dihadiahkan oleh pengusaha sekolah memandu daerah Besut.

Mampu menyelam beberapa minit tanpa pakai alat bantuan

Sememangnya anak jati Kampung Timor, Kuala Besut itu lama dikenali penduduk setempat kerana memiliki kebolehan luar biasa menyelam dalam tempoh beberapa minit tanpa memakai alat bantuan pernafasan atau kaca mata selam.

Mohamad Najmi yang mengalami kecacatan di mata sebelah kanan sejak lahir berkata, orang ramai termasuk pelancong sering meminta bantuannya mencari barangan berharga mereka yang tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira tiga meter berhampiran terminal pelancong ke Pulau Perhentian.

” Antara barang berharga yang sering terjatuh seperti barang kemas, telefon bimbit, spanar dan kunci kereta serta batu permata,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini.

Mohamad Najmi yang masih bujang itu berkata, antara cabaran yang terpaksa dihadapinya ketika menyelam seperti keadaan air sungai keruh, lambakan sampah di dasar sungai, arus sungai laju dan risiko disengat spesies air berbisa.

Rakan Mohamad Najmi, Mohd Zulhibri Ibrahim, 37, berkata, penduduk menggelar Mohamad Najmi sebagai ‘budak ajaib’ kerana kemampuannya mengesan barang di dasar sungai meskipun sebelum itu telah dicari oleh ramai penyelam lain.

” Dia seperti ada kelebihan luar biasa kerana benda sekecil kacang pun dia mampu menemuinya walaupun berada di celah-celah sisa kayu-kayan yang berada di dalam sungai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *