Jawatan TPM Untuk Umn0? Jika Betul, Dua Nama Ini Paling Disebut-Sebut Dan Mungkin Ramai Setuju

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air pasti bersetuju keadaan situasi politik semasa berada pada tahap paling tidak stabil.

Bab kata Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu yang melabelkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia.

Ia bermula dengan pemecatan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang didakwa membawa suara Bersatu.

Kemudian disusuli dengan tindakan Umn0 untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Perhimpunan Agung Umn0 (PAU) pada 31 Januari nanti.

Kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan juga cukup jelas apabila mengakui Umn0 tidak puas hati dengan PN kerana masih meneruskan kes mahkamh ke atas ramai pemimpin Umn0.

Meskipun mendapat kritikan dari pemimpin Umn0 sendiri termasuk Khairy Jamaluddin yang melabel Ahmad Maslan sebagai standard pemikiran pisang goreng, namun isyarat dari Umn0 cukup jelas.

Justeru mungkin disebabkan itu, pihak kerajaan yang diterajui PN dan Muhyiddin Yassin perlu ‘mengambil hati’ Umn0 semula, sekurang-kurangnya sebelum PRU 15 diadakan.

Jawatan TPM untuk Umn0?

Arena politik negara kembali hangat selepas dikatakan wujud kompromi untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Umn0 susulan desakan akar umbi parti itu.

Difahamkan, satu perbincangan mengenainya diadakan baru-baru ini bersama pemimpin Umn0 namun belum ada kata putus mengenai siapa akan dilantik.

Sumber memberitahu Harian Metro, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengemukakan cadangan untuk lantikan berkenaan namun tidak dipersetujui pimpinan Umn0.

” Ya, ia dibincangkan baru-baru ini. Tetapi tidak sebut nama. Kalau sebelum ini dua nama yang disebut-sebut adalah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

” Umn0 mahukan mereka sendiri cadangkan nama untuk jawatan itu,” katanya.

Nama Ismail Sabri dan Hishammuddin Hussein paling disebut-sebut

Sumber yang lain memaklumkan, Umn0 tetap dengan pendirian untuk mengadakan pilihan raya pada waktu yang sesuai dan menyifatkan sebarang pelantikan apa-apa jawatan tidak menyelesaikan masalah.

Terdahulu media melaporkan, bagi mencapai kata sepakat, Hishammuddin dan Ismail Sabri dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Dalam persidangan Umn0 bahagian seluruh negara minggu lalu, rata-rata perwakilan meminta kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditamatkan antaranya disebabkan layanan berat sebelah ke atas parti itu.

Terbaru, Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin selepas turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) beberapa hari sebelum itu.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *