Anak Takut Masuk Bilik Mak Ayah Dan Sering Nampak ‘Benda’. Bila Ustaz Datang, Terbongkar Punca Sebenar

Cerita ‘gngguan’ yang berlaku di dalam rumah membabitkan anak patung pernah beberapa kali dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman melaluinya, di media sosial.

Terbaharu, kjdian yang serupa turut dialami oleh sebuah keluarga, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Menerusi satu posting yang dikongsikan di laman Facebook Viral Media Johor, ustaz berkenaan menceritakan kisah ketika dia diminta untuk ‘memulihkan’ sebuah kediaman selepas berlaku kjdian aneh di rumah mereka.

” Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa s3ram bila masuk bilik dia.

” Jadi, kita pun mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut.

” Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pula. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis.

” Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah t4kut-t4kut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah,” kongsinya.

Ketika membuat ‘pemeriksaan’ di bilik-bilik di rumah tersebut, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi yang berlainan apabila memasuki kamar ibu bapanya.

” Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pun percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan.

” Bila diperiksa seteliti mungkin, akhirnya saya menemui patung Pooh yang sebesar saya. Aduhhh, macam kembar dah rasanya.

” Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. T4kut katanya, rasa macam patung tersebut sedang perati,” tulisnya.

Ketika membuat ‘pemeriksaan’ di bilik-bilik di rumah tersebut, kanak-kanak tersebut menunjukkan reaksi yang berlainan apabila memasuki kamar ibu bapanya. Gambar hiasan

Ketika membuat pemeriksaan ke seluruh kawasan dalam kediaman, bukan hanya ‘seekor’ patung sahaja yang ditemui, malah ustaz tersebut menjumpai satu lagi anak patung yang bersaiz besar.

” Dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa (mereka) duduk atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

” Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit juga menunjukkan ada gngguan j1n asyik. Kerap mimpi disetu-buhi dan teringin masuk ke alam bu-nian katanya.

” Rasa tersebut membuak-buak setiap hari, pada masa yang sama t4kut bila masuk bilik ayah dia,” ujarnya.

Ustaz berkenaan turut memberi pesanan untuk mengelakkan gngguan m1stik di kediaman. Gambar hiasan

Dalam pada itu, ustaz tersebut juga memberikan beberapa pesanan kepada pemilik kediaman yang lain untuk mengelakkan sebarang gngguan, selain tidak digalakkan menyimpan patung yang cukup sifat di dalam rumah.

” Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita s3ksi ketika tidur dan jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah,” katanya.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 6,800 shares di Facebook.

Sumber:mstar dan fb Media Viral Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *