Anak Tiri Ziela Jalil Sekali Lagi Tampil Bersuara, ‘Berhenti Bercakap Mengenai R4mpas La, Apa La’

” Kami baik-baik saja dengan Mama ZieIa, kami menyayanginya seperti ibu kami sendiri.”

Demikian luahan anak tiri penerbit dan pelakon terkenal Datuk ZieIa Jalil yang dikenali dengan nama Najwa memohon agar orang ramai berhenti menghent4m ibu tirinya itu.

Najwa berkata, ZieIa bukan seorang per4mpas seperti mana yang diperkatakan oleh segelintir netizen.

Malah katanya, dia dan adik beradik menyayangi ZieIa seperti ibu kandung mereka.

” Berhenti bercakap mengenai r4mpas la apa lah.. Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami.

” Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyer4ng mama kerana dia bukan per4mpas,” tulisnya di laman Twitter.

Kisah perkahwinan terbaharu ZieIa bersama pengerusi masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai selepas sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan.

Portal hiburan berkenaan turut memberikan bayangan mengenai seorang penerbit drama yang sudah pun mendirikan rumah tangga secara diam-diam dan menjadi isteri kedua sejak tiga tahun lalu.

Sejurus pendedahan itu, Najwa menerusi akaun Twitternya difahamkan telah memuat naik ciapan memberitahu individu yang dimaksudkan itu adalah bapanya dan ZieIa.

Dalam pada itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita.

” Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya. Kami dalam keadaan baik.

” Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayah kami,” tulisnya lagi.

Sementara itu, ZieIa turut menegur warganet agar tidak membuat spekulasi yang tidak tepat mengenai dirinya dan keluarganya.

” Kami okey-okey saja. Orang nak bertelagah kata tak elok, kami dapat pahala. Hidup ini seperti roda, hari ini hari saya.

” Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghentikan kata-kata hat3rs berkenaan kenyataan saya baru-baru ini.

” Saya nak jelaskan saya tak marahkan anak tiri saya. Perkataan ‘gadis itu’ atau ‘wanita itu’ bukan kenyataan saya. Itu keluar dari awal lagi.

” Jangan kaitkan anak-anak saya dengan isu saya. Itu tiada kena mengena dengan anak-anak.

” Kalau saya kahwin suami orang, datuk orang, moyang orang sekali pun kesalahan itu daripada saya.

” Walau dalam Islam tak salah, tapi tak perlu kaitkan anak-anak saya. Doakan yang baik-baik,” tambah ZieIa lagi.

ZieIa sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyrham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

ZieIa turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *