Sepatutnya Buka Satu Cawangan Chatime. Tapi Bila Pulang Dari Langkawi, Ini Yg Terjadi Kat Neelofa

” Berkenaan dengan kerja (ke Langkawi), memang saya ada plan yang mungkin dibuat sebulan atau lebih dari sebulan perancangan. Bukan semua kita buat on the spot..”

Itu kata-kata pengacara dan usahawan popular, Noor NeeIofa Mohd Noor sebaik pulang dari Langkawi dan ditemubual oleh pihak media.

Menurut NeeIofa beliau mahu menyelesaikan isu dakwaan menyalahguna kebenaran rentas negeri serta majlis pernikahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara tertutup tanpa tekanan pihak luar.

Isteri kepada pendakwah dan pelakon Haris Ismail ini berkata, dia mahu diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara berkenaan secara profesional.

” Berikan saya ruang untuk selesaikan isu ini secara tertutup dan profesional dengan pihak berkaitan.

” Biar saya selesaikan secara tenang tanpa melibatkan tekanan daripada mana-mana pihak.

” Kalau ada tndakan atau tiada tndakan (daripada pihak polis), saya akan selesaikan sendiri.

Chatime tawarkan buka lebih dari satu cawangan

” Jadi InsyaAllah dengan kerjasama dengan pihak Chatime, kita akan buka beberapa outlet di sana. Saya mahu selesaikan apa yang perlu sebelum puasa. Alhamdulillah dapat dibuat minggu lepas.

” In fact setelah semua benda ni jadi, impact dari viral orang ramai, malah kita ditawarkan untuk buka lebih daripada satu cawangan.

” Terima kasihlah kepada anda semua yang membuat free marketing untuk saya dan membuka rezeki kepada saya.

” Saya tak perlu cakap kenapa saya pergi waktu ini, kenapa buat itu dan ini. Saya rasa ada sebab-sebab yang mengikut keperluan ketika itu, ” katanya kepada mStar.

NeeIofa, 32, ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Fipper dan aplikasi The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.

NeeIofa harap orang luar dapat memberikan ruang untuknya menyelesaikan semua isu yang timbul.

Sementara itu NeeIofa juga berkata tiada keperluan untuknya mendedahkan segala perancangan melibatkan kerjanya kepada umum.

” Saya rasa tidak semua perkara saya perlu berkongsi kepada netizen (berkaitan kerja).

” Saya tidak mahu bercakap lebih kerana enggan memudaratkan keadaan, ” ujarnya lagi.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis akan memanggil NeeIofa dan suami, Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran SOP ketika mereka berada di Pulau Langkawi.

Menurut Abdul Hamid, berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu didapati melanggar SOP.

” Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (NeeIofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tndakan.

” Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (NeeIofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.

Terdahulu, NeeIofa dan Riz, 26, terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal.

NeeIofa dan PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *