Saban Hari Berdoa Diberi Bntuan, Lelaki DihaI4u Dari Bilik Sewa Terkedu Bila Menteri Sendiri Yang Datang

” Masih ada orang yang hati mulia macam tuan-tuan…”

Itu ungkapan spontan daripada seorang lelaki tempatan yang dilafazkan secara jujur sejurus selepas disantuni petugas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di ibu negara hari ini.

Dia yang dirahsiakan identitinya dan berasal dari Taiping, Perak itu dilaporkan dihaIau keluar daripada bilik sewanya di Kuala Lumpur dan turut tertekan dengan permasIahan keluarga.

Apa yang lebih memiIukan, dia meluahkan kerinduan terhadap anaknya yang baru berusia tiga bulan namun terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat kerana sedar tidak mampu membesarkannya.

” Tuan-tuan semua tak kenal saya, tapi tuan-tuan sanggup bantu saya sampai macam ni.

” Betullah tuhan tak tidur. Saya berdoa saban masa agar diberikan pertolongan..”

Lelaki terbabit berkata demikian dalam nada sebak ketika ditemui petugas Yadim berdekatan Lorong Haji Taib, Chow Kit di pusat bandar raya tersebut.

Kisah lelaki itu disiarkan menerusi akaun media sosial agensi berkenaan dengan beberapa foto memaparkan dia kelihatan dilayani baik oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Individu tersebut menghubungi talian TeleBantuan Yadim sehari sebelum itu untuk memohon sedikit sumbngan bagi meneruskan kehidupan dirinya yang serba kekurangan di ibu kota.

Prihatin dengan keadaan lelaki ini, agensi itu membantu menyediakan bayaran sewa biliknya selain menyvmbang barangan keperluan harian kepadanya untuk tempoh selama sebulan.

Lebih manis, kisah sedih individu ini meraih perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu yang dalam kesibukan tugas rasminya itu turut tampil meluangkan masa.

Zulkifli kemudian menyampaikan sumbangan wang tunai dan memberi kata-kata semangat kepadanya agar tabah dalam mendepani pancaroba kehidupan penuh get1r di bandar raya.

Yadim menerusi hantaran itu turut memaklumkan bahawa mereka yang memerlukan bntuan agar segera mengirim pesanan peribadi menerusi aplikasi Whatsapp kepada 013-2920214.

Terdahulu, pelancaran program menyantuni rakyat, Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 3.0 diadakan serentak oleh badan dkwah ini di seluruh negara pada 9 Julai.

Ia dengan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini.

Hadir sama ke pelancaran ini ialah Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh

Acara pelancaran ini menyaksikan pelaporan program di seluruh negara di siar dan ditonton oleh Datuk Dr Zukifki yang menyertai sesi Google Meet bersama wakil wakil negeri.

Mereka menjalankan musaádah menerusi pelbagai program seperti sanitasi masjid dan surau menyantuni golongan yang memerlukan dan lain lain lagi.

Dalam ucapan ringkasnya kepada kakitangan YADIM menerusi sesi Google Meet di sini, Datuk Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini yang disifatkannya berjaya mendekati masyarakat dan berharap agar ia akan terus dilaksanakan.

Beliau juga sempat membantu proses sanitasi di surau selain menyampaikan sumbangan YADIM.
Badan dakwah ini menyumbang 150 kotak barangan keperluan harian dan 20 naskhah Al Quran untuk IPD Nilai.

Selesai di IPD Nilai, YADIM mengiringi Datuk Dr Zulkifli ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Stadium Tertutup Nilai sini dan menyampaikan lapan kotak air mineral, 40 naskhah Al Quran , 20 set sejadah, lima kotak makananan kering, selain buku buku bacaan sumbangan YADIM.

Sumber:utusan dan fb page Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *