Warganet Tanya Soalan Di Mana Sebenarnya Suami ZaIina. IniPendedahan Yang Mngejutkan Ramai

” Takde update pun pasal suami dia.. dah cari maklumat dgn suami dia belom?Suami kak Zal di mana sebenarnya?”

” Nak tahu jugak apa yang suami ZaIina Azman beritahu kpd poIis?”

Demikian antara soalan dan persoalan yang ditanya oleh warganet susulan msteri khiIangan ZaIina Azman yang menjadi topik perbualan hangat.

Malah selain dari suami ZaIina, ada juga yang mahu mengetahui perkembangan kes tersebut menerusi maklumat yang disampaikan dari ahli keluarga.

Untuk makluman, difahamkan kali terakhir anak kepada Bekas personaliti TV3 itu berhubung dengan ibunya adalah pada Julai tahun lalu.

Anak tunggal kepada personaliti itu, Mikhael Norman, bagaimanapun cuba menghubungi ibunya semula pada November lalu untuk memaklumkan tentang datuknya yang dimasukkan ke hospital tetapi ZaIina gagal dihubungi.

Berpisah dengan suami pertama, hbungan dengan suami kedua juga tidak bertahan

Satu sumber memberitahu UtusanMalaysia, hubungan anak personaliti berkenaan dengan ibunya dikatakan tidak terlalu rapat memandangkan dia dijaga oleh neneknya sejak berusia dua tahun.

” ZaIina dipercayai berpisah dengan suami pertama sebelum berkahwin lagi selepas itu tetapi hbungan berkenaan juga tidak bertahan lama,” kata sumber itu.

Bekas suami bernama Datuk Anuar Adam

Menerusi carian, beberapa portal menyatakan bekas suami ZaIina bernama Datuk Anuar Adam. Tapi tidak dinyatakan samada ia bekas suami pertama atau kedua.

Dalam pada itu, persoalan tentang di mana suami ZaIina juga telah dijawab oleh rakan baiknya iaitu Senator Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54.

Mungkin ramai tidak perasan, namun Ras Adiba sebelum ini pernah memaklumkan ZaIina sebenarnya sudah berpisah dengan suaminya.

Ras Adiba mengetahui perkara tersebut apabila dimaklumkan sendiri oleh ZaIina sewaktu pertemuan terakhir mereka sebelum kehiIangan ZaIina.

Pada pertemuan itu juga, Ras Adiba berkata dia dapat merasai pelukan terakhir ZaIina bagaikan memberikan bayangan kesedihan yang dilalui.

” Masa itu, saya dapat merasai kesedihannya ketika kami berpelukan. Cuma, mengenali Zally (ZaIina), dia cukup menjaga privasi, jadi kami ada batasan.

ZaIina beritahu Ras Adiba sendiri dia sudah berpisah dengan suami

” Zally memaklumkan sudah berpisah dengan bekas suami.

” Malah, dia juga memberitahu mahu berpindah ke Shah Alam, Selangor iaitu kediaman didiaminya sebelum menghiIangkan diri.

” Malah, dia mengajak saya ke rumahnya. Saya perhatikan berat badannya amat menyusut seperti gambar yang saya kongsi dalam laman Instagram (IG).

” Selepas itu, kami hanya berhubung menerusi telefon bimbit, tidak lagi bertemu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ras Adiba berkata, perubahan fizikal bekas pengacara yang begitu sinonim dengan program Money Matters itu mengundang pertanyaan ramai mengenai masalah yang dilalui.

” Namun, saya fikir soal perubahan bentuk badan sangat subjektif.

” Pada usia tertentu, ada antara kita yang akan jadi terlampau kurus atau tembam.

” Cuma, saya tidak mahu bertanyakan lanjut kenapa semakin kurus pada pertemuan itu. Saya menghormati privasi Zally.

” Bagi saya, kita semua tidak sempurna dalam kehidupan ini. Setiap kita pasti ada cerita yang tersendiri.

” Mungkin juga dia banyak memendam rasa atau sebagainya.

” Tetapi, sebagai teman, kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Kami akan berada di sisi ketika memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia cuba mencari dan menghubungi anaknya bagaimanapun gagal setakat ini.

UtusanMalaysia sebelum ini melaporkan bekas personaliti TV3 berkenaan yang dilaporkan hiIang dipercayai masih berada di dalam negara.

Ia susulan semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati tiada pergerakan ke luar negara oleh ZaIina.

Isnin lalu, berita kehiIangan personaliti berkenaan dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan.

Maklumat kehiIangan itu turut dipaparkan di laman Facebook rasmi IPD Shah Alam.

Dalam laporan berkenaan, ZaIina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kehiIangan wanita itu telah dibuat keluarga sejak 29 November tahun lalu.

Dalam laporan sama, anak ZaIina dikatakan cuba menjejaki ibunya untuk memaklumkan tentang bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Anak ZaIina dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya berlokasi di Seksyen 3 dan mendapati keretanya berada di tepi rumah.

Anaknya mendapati keadaan dalam rumah tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai berjumlah RM600 milik ZaIina.

Sumber:utusan, bharian, iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *