Setelah Lama Menyepi, Aizat Amdan Umum Bakal Berkahwin. Calon Isteri Pula Bukan Orang Lain Pun

” Sekarang saya boleh kongsi tentang perkahwinan.”

Itu pengakuan penyanyi Aizat Amdan yang berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya iaitu Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos depan.

Menurut Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 33, pintu hatinya terbuka untuk mendirikan rumh tngga selepas Elyssa, 34, meluahkan keyakinan untuk menjadikan dia sebagai suami.

” Sekian lama orang asyik bertanya tentang jodoh. Akhirnya sekarang saya boleh kongsi tentang perkahwinan.

” Sebenarnya saya sendiri pun tidak yakin untuk berkahwin. Tetapi dia yang membuat saya percaya untuk kami melangkah ke fasa seterusnya.

” Disebabkan dia yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka kami buat keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Aizat ditemui ketika pelancaran lagu baharu berjudul Hanya Kita Dua di Pejabat Indigital Music, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Lagu ciptaan bersama Mel Ramlan itu juga menjadi hadiah istimewa Aizat untuk bakal isteri tercinta.

Berkongsi mengenai persiapan menjelang hari bahagia, Aizat berkata segalanya berjalan lancar dan majlis pernikahan serta resepsi akan berlangsung di Puchong, Selangor.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar tiga tahun lalu dan keputusan untuk berkahwin atas persetujuan bersama.

” Kami tak pernah pun berbual soal kahwin. Kemudian ada satu hari kami bercakap mana hala tuju hbungan ini.

” Ketika itulah baru serius untuk berkahwin dan saya berjumpa keluarga Elyssa… itu lebih utama.

” Dia banyak beri idea dan semangat dalam kerja. Saya sukakan wanita yang ada ciri-ciri itu,” ujarnya.

Dulu kakitangan kerajaan, kini pengurus Aizat

Elyssa yang sebelum ini bertugas sebagai kakitangan kerajaan kini bekerja sepenuhnya sebagai pengurus kerjaya seni Aizat.

Bercakap mengenai lagu baharunya, Aizat berkata ia sudah dicipta sejak dua tahun lalu dan sekarang adalah masa terbaik untuk dilancarkan.

” Selalunya lagu-lagu perkahwinan lebih berentak perlahan, tetapi kali ini saya tampil dengan lagu rancak.

” Ia bagaikan satu cara untuk meraikan hubungan kami,” jelasnya

Ellysa ibarat kopi

Sementara itu, Aizat berkata dia merasakan kini merupakan masa yang paling sesuai untuk dirinya melangkah ke fasa baharu.

” Saya rasa sekarang adalah the right time, right moment sebab saya bertemu dengan Ellysa hampir tiga tahun lalu.

” Kami sebenarnya bermula menjadi kawan lepas lama-lama ia jadi natural sampai rasa ingin berkahwin.

” Elyssa ibarat kopi saya, dia banyak memberikan tenaga, menceriakan saya dan mengajar saya untuk tidak pentingkan diri sebab saya jenis tak reti ekspresikan diri.

” Dari situ saya banyak belajar dengan dia, kalau ikutkan dia memang lagi banyak bercakap daripada saya,” kata Aizat.

10 fakta menarik tentang Aizat

1) Dilahirkan pada 21 Januari 1989, Aizat merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.

2) Aizat anak kelima daripada enam adik-beradik di mana lima daripadanya adalah lelaki dan seorang lagi perempuan.

3) Mula menyanyi dan menulis lagu sejak berumur 12 tahun di mana ketika itu, abang beliau, Anas bertanggungjawab mengajarnya bermain gitar.

4) Beliau mengembangkan bakat dengan aktif membuat persembahan dalam pertandingan di peringkat sekolah.

5) Lagu ciptaannya berjudul ‘Lagu Kita’ dihasilkan ketika masih berada di tingkatan tiga yang mana lagu itu juga menjadi salah sebuah single dalam album pertama beliau (Percubaan Pertama) yang seterusnya mempopularkan namanya di awal kemunculan sebagai penyanyi.

6) Sejurus tamat persekolahan, beliau menyertai pertandingan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim kelima walaupun hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketujuh. Program itu menjadi pembuka jalan kepadanya membina nama sebagai penyanyi.

7) Antara lagu-lagu hits Aizat sepanjang pembabitan dalam karier muzik seperti Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Sahabat, Pergi, Kau Aku, Fikirlah, Susun Silangkata, Sungai Lui, Years From Now, Jerrypah, Jangan Menangis dan Sampai Ke Hari Tua.

8) Beliau juga diiktiraf dengan trofi-trofi anugerah besar seperti Anugerah Juara Lagu 24 (2009) menerusi lagu Pergi, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi Lagu Kita di Anugerah Industri Muzik 16 (2009) dan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dan 2015.

9) Beliau bersama keluarganya menubuhkan syarikat rakaman, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE) pada 7 Julai 2007.

10) Album ketiganya, Legasi dilancarkan pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam, namun tidak dijual di pasaran terbuka, hanya melalui bidaan saja.

Sumber:mstar dan iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *