‘Banyak Filem Saya Yg Tak Menjadi, Tapi Itulah Kita Tak Boleh Nak Paksa Org Suka’ – Luahan Aziz M. Osman

” Kita tak boleh nak paksa orang makan hidangan kita…”

Itu luahan pengarah Aziz M Osman, 59, yang menyifatkan persaingan antara filem tempatan dengan filem asing adalah perkara biasa dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Aziz, perkara pertama yang perlu difahami ialah itu rezeki masing-masing.

” Yang kedua, kita tak boleh kata sesebuah filem itu menganggu filem yang lain kerana kalau orang nak tengok, dia akan tetap pergi tengok juga.

” Cuba lihat filem Mat Kilau yang ditayangkan serentak dengan Jurassic World Dominion.

” Orang kata habislah Mat Kilau kena makan dengan dinosaur Jurassic World, tapi Mat Kilau pula yang makan filem ini.

” Yang penting sekali dari sudut kepuasan penonton melihat sebuah filem itu perlu ada,” katanya.

Kredit Gambar:Instagram Aziz M. Osman

Aziz yang ditemui semasa hadir pada sidang media Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di sebuah hotel di sini berkata, hebatnya pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof ialah dia benar-benar memberikan kepuasan kepada penonton.

” Bukan saja dia memaparkan sebuah filem yang baik dan berkualiti tapi apabila selesai menonton filemnya, orang keluar dengan hati yang bangga.

” Itu hebatnya dia. Tak semua orang mampu buat begitu.

” Saya sebagai penerbit, kalau betul-betul yakin dengan filem saya, ia akan jalan dengan sendiri.

Kita tak boleh nak paksa orang suka

” Banyak juga filem saya yang tak menjadi, tapi itulah kita tak boleh nak paksa orang makan hidangan kita.

” Kita kata sedap tapi orang lain mungkin tak,” katanya.

Aziz antara 6 pengarah bergabung dalam filem Juang

Dalam pada itu, Aziz bakal muncul menerusi filem terbaru, Juang, sebuah projek filem berskala besar kerana membabitkan hampir 100 pelakon dan lebih 200 pekerja produksi.

Menariknya adalah, filem Juang menggabungkan enam pengarah hebat tanah air iaitu Kabir Bhatia, Datuk Yusry Abdul Halim, Osman Ali, Matt Lai, Erma Fatima, dan Aziz M Osman sendiri.

Filem Juang diadaptasi dari sebuah kisah benar tentang bagaimana kerajaan kita menghantar bantuan ke Wuhan, China ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Ada beberapa warganegara Malaysia yang terperangkap di sana dan dibawa pulang antara inspirasi buat pengarah untuk dijadikan jalan cerita.

Antara pelakon yang terbabit dalam filem Juang pula adalah Janna Nick, Zul Ariffin, Izzue Islam, Zizan Razak dan ramai lagi.

Sebelum ini, penerbit Raja Azmi meluahkan rasa terkilan dengan beberapa pawagam yang didakwa melebihkan filem dari luar berbanding filem tempatan seperti filem terbitannya, Jerangkung Dalam Almari.

Raja Azmi berkata, jumlah tayangan filem seram terbitannya itu dihadkan untuk memberi laluan kepada filem seram dari Indonesia, Pengabdi Setan 2 : Communion.

Dia juga meminta masyarakat supaya memberikan sokongan kepada filem tempatan bagi meneruskan kelangsungan tayangan di pawagam.

Aziz tak mahu lagi buat cerita cinta, rebut harta

Terdahulu, Aziz seakan memberi petanda bahawa kemungkinan selepas ini enggan lagi menghasilkan karya-karya drama mahupun telefilem yang berkisarkan perihal cinta semata-mata.

Menurut Aziz, dia mungkin akan mempertimbangkan idea untuk menghasilkan naskah rakyat yang mungkin dapat menekankan usaha untuk mendidik rakyat daripada pelbagai perspektif lain.

” Tak minat lagi buat cerita tentang keluarga rebut cinta, rebut harta. Nak buat cerita rakyat.

” Ajar rakyat cara buang sampah dengan betul, beretika ketika guna jalan raya, tidak menilai manusia dari ‘kulit luaran’.

” Tetapi, rasanya ada tak orang nak tengok cerita macam itu?”katanya.

Aziz berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi tinjauan UtusanMalaysia, hantaran yang dibuat Aziz itu menerima ribuan komen dan tanda suka daripada pengikut dan peminatnya.

Rata-rata menyifatkan, pertanyaan dan cadangan pengarah filem XXRay itu sebagai satu idea yang menarik dan wajar dilaksanakan.

” Cerita macam itu lagi seronok layan satu keluarga bang, selain teladan untuk anak-anak.

” Boleh juga jadi teguran sinis dalam lembut kepada ibu bapa sekarang,” tulis Zarina Halim.

” Boleh sangat itu. Dah penat tengok kisah cinta klise. Kalau boleh sandarkan kisah tentang realiti kehidupan yang sebenar. Kena cari pelakon yang pandai menghidupkan emosi.

” Ramai pelakon yg berbakat besar tapi tiada rupa yang tidak mendapat tempat sewajarnya.

” Kebanyakan pelakon baru rata-rata emosi tak sampai kepada penonton. Janganlah memilih rupa dan pengikut semata,” tulis Azie Alias.

Sumber:hmetr0 dan utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *